Raptai Ketiga Malam Gala TBC 2022

2022-01-26 14:30:09  CRI
Share with:

Raptai ketiga bagi Malam Gala Tahun Baharu  Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan semalam.  

Persembahan yang akan disajikan kepada  penonton secara siaran langsung pada malam 31 Januari itu bukan sahaja  merangkumi program yang berunsurkan kebudayaan tradisional, tetapi juga program  yang mempunyai elemen semasa seperti pembangunan desa, peradaban ekologi, acara  sukan ais dan salji dan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di  Beijing.