Wartawan Dalam dan Luar Negara Dialu-alukan Buat Liputan NPC dan CPPCC ke-13

2022-01-27 15:23:43  CRI
Share with:

Sidang ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) bakal dirasmikan bermula 5, Mac dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) ke-13 bermula 4, Mac di Beijing. Jabatan Am Jawatankuasa Tetap NPC dan CPPCC pagi tadi telah mengeluarkan alu-aluan terhadap wartawan dari dalam dan luar negara yang lulus dalam pemeriksaan kuarantin wabak COVID-19 untuk membuat liputan terhadap persidangan NPC dan CPPCC tahun ini.

Demi pencegahan dan kawalan  wabak COVID-19, dibuat peraturan seperti yang berikut:

1, Undangan diberi kepada sebahagian wartawan asing yang berada di Beijing, dan tidak diberi kepada wartawan asing dari luar negara;

2, Kebanyakan wawancara diadakan dalam talian atau secara tertulis;

3, Perkhidmatan dan bantuan untuk wartawan tersedia di Pusat Media.

Tempoh pendaftaran wartawan tamat pada 9 Februari 2022. Portal rasmi Pusat Media NPC: http://www.npc.gov.cn, dan CPPCC: http://www.cppcc.gov.cn