Kawat Tahniah Xi kepada Majlis Sambutan TBC Usahawan Britain

2022-01-27 15:26:17  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping telah mengirim kawat tahniah kepada majlis sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 “Pemecah Ais” anjuran Kelab 48 Kumpulan Britain, Persatuan Perdagangan Britain-China dan Persatuan Perniagaan China Britain di London semalam.

Dalam kawat itu, Xi menyatakan bahawa usahawan Britain yang diwakili Jack Perry berjaya memecahkan sekatan Barat terhadap China yang berurat akar dalam bidang perdagangan melalui “lawatan memecah ais” pada 50-an abad yang lalu.

Tahun ini ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik peringkat duta besar China-Britain. Mengimbau kembali sejarah silam itu, China tidak akan melupakan sahabat generasi dahulu yang memberi sumbangan terhadap perkembangan hubungan kedua-dua negara. Xi berharap tokoh dan wakil kalangan industri dan perniagaan dari kedua-dua negara terus menyemarakkan “semangat pemutus ais” dan terus meneroka kerjasama yang saling menguntungkan demi kesejahteraan negara dan rakyat kedua-dua pihak.