Hari Buat Tauhu Menjelang Tahun Baharu Cina

2022-01-27 15:57:09  CRI
Share with:

Tanggal 27 Januari, yang juga dikenali sebagai 25 Disember jika menurut kalendar tradisional China, merupakan “Hari Buat Tauhu”.

Pada hari ini, rakyat China akan meneruskan tradisi membuat tauhu.

Di sebalik tradisi ini, ia menceritakan tentang ketidakmampuan rakyat untuk membeli tauhu pada hari biasa pada masa dahulu dan menganggap makanan tersebut sebagai sangat berharga.

Justeru, pada tarikh tersebut, penduduk bersama-sama membuat tauhu untuk dihidangkan pada hari raya.

Disebabkan “tauhu” mempunyai bunyi sinonim dengan “头富” yang membawa erti “kaya” dalam bahasa Mandarin, ia juga menandakan penzahiran harapan baik rakyat China untuk lebih kaya dan sejahtera pada tahun baharu ini.