Kawat Tahniah Xi untuk Hari Republik India

2022-01-27 11:22:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat  tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Ram Nath Kovind atas ulang tahun  ke-73 Republik India.

Xi berkata, sebagai dua negara membangun besar  dan pasaran utama yang baru muncul, China dan India memerlukan hubungan  bilateral yang sihat dan mantap, kerana ia selaras dengan kepentingan asas  negara dan rakyat, dan juga bermakna penting bagi kedamaian, kestabilan dan  kemakmuran serantau dan sedunia. Beliau bersedia bersama dengan Presiden Kovind  bagi mendorong perkembangan hubungan China-India mengikut landasan yang  betul.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri, Li  Keqiang pula mengutus kawat tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra  Damodardas Modi.