Tonton Persembahan Malam Gala, Sambut Ketibaan Tahun Harimau

2022-01-28 14:04:06  CRI
Share with:

Pada malam Tahun Baharu Cina (TBC) menurut  Kalendar tradisional yang jatuh pada 31 Januari, Kumpulan Media China (CMG) akan  menyajikan persembahan Malam Gala TBC yang menarik berdasarkan penggunaan  sejumlah teknologi canggih.


Dimaklumkan dalam sidang taklimat yang  diadakan di Beijing semalam, sebuah kubah 720 darjah yang terbentuk dari skrin  LED akan ditampilkan dalam Malam Gala edisi 2022. Sementara itu, para penonton  akan mendapat pengalaman yang baharu dari aspek audio dan visual melalui  aplikasi teknologi penglihatan maya XR dan AR, teknologi pengimbas holografik  dan teknologi 8K+3D.

Untuk rekod, sejak tahun 1983, CMG yang  dikenali sebagai Televisyen Pusat China (CCTV) sebelum tahun 20218, bertugas  menyediakan persembahan bersepadu pada setiap malam TBC. Menonton persembahan  menerusi siaran televisyen sambil makan Jiaozi bersama dengan keluarga merupakan  salah satu adat resam orang China semasa perayaan  TBC.

Malam gala edisi 2022 akan disiarkan secara  langsung dalam pelbagai saluran CCTV dan platform Network Televisyen Global  China (CGTN) dalam 44 jenis bahasa, dan dijangka akan dilaporkan oleh lebih 600  media dari lebih 170 buah negara.