Kontinjen China Sukan Olimpik Musim Sejuk Ditubuhkan

2022-01-28 13:04:50  CRI
Share with:

 

China semalam menubuhkan satu kontinjen yang terbesar dalam sejarah negaranya untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-24. Seramai 387 orang anggotanya merangkumi 176 orang atlet, 164 orang kakitangan yang bertugas dalam pasukan sukan seperti jurulatih, pegawai dan doktor serta 47 orang kakitangan yang bertugas di pejabat am.

Antara 176 orang atlet, 87 wanita dan 89 lelaki. Antara 78 orang jurulatih,  51 berasal dari 19 buah negara asing seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Rusia, Perancis dan Jepun.

 

Untuk rekod, atlet China yang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah memperoleh 194 kerusi pertandingan dalam 104 acara kecil.