Imej Uncle Sam Tak Akan Berubah
Lepas setahun Joe Biden melaungkan ungkapan keramat “America is back!”, adakah imej negara itu di arena antarabangsa telah berubah?
Pengunduran tentera Amerika dari Afghanistan secara mendadak antara langkah penting dasar luar Joe Biden. Tapi, adakah langkah itu kejayaan atau kegagalan? Dunia ada pandangan yang berbeza.
Yang dilihat oleh dunia dengan jelas adalah kerajaan “demokratik” Afghanistan yang dulu didalangi oleh Amerika diruntuhkan dalam jangka pendek. Manakala anggota kerajaan yang dulunya berkhidmat selari dengan agenda Amerika pula jatuh dari pesawat terbang tentera Amerika di lapangan terbang Kabul, tak ubah seperti sampah yang dibuang.
Tak lama selepas itu, media sosial Amerika mendedahkan seorang “pelarian Pashtun” dari Afghansitan membayar lebih USD20 juta membeli satu villa di Los Angeles. Dulu “pelarian” ini telah memiliki satu apartmen yang bernilai USD 5.2 juta di pantai Miami.
Pelarian ini namanya Daoud Wardak, anak bekas Menteri Pertahanan Afghansitan yang menjadi boneka Amerika.
Pada masa yang sama, jutaan penduduk Afghanistan sedang menghadapi musim sejuk yang paling dasyat sambil dana kerajaan sebanyak USD9.5 bilion dibeku oleh Amerika.
Ketika menangani hubungan dengan China yang disifatkan “paling penting dan rumit”, meskipun kerajaan Joe Biden pernah banyak kali menyatakan akan mengubahsuaikan dasar Donald Trump, tapi selepas pentadbiran selama setahun, dasar Biden sebenarnya meneruskan dasar Trump saja.
Bahkan, beliau juga menambah sekatan terhadap lebih banyak syarikat China dan meletakkan gangguan kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk yang bakal dirasmikan di Beijing.
Bagaimanapun, sekatan ekonomi terhadap China jelas telah banyak menjejaskan kepentingan syarikat Amerika. Pada bulan Ogos lalu, 36 kumpulan perniagaan yang paling berpengaruh di Amerika mengirim surat kepada Wakil Perdagangan Katherine Tai dan Setiausaha Perbendaharaan Janet Louise Yellen, menyeru kerajaan Biden memulihkan rundingan perdagangan dengan China.
Lebih 140 orang ahli Dewan Perwakilan negara itu juga mengirim surat kepada Pejabat Wakil Perdagangan menyeru membatalkan tarif tambahan kepada lebih banyak produk China supaya membantu syarikat Amerika pulih dari krisis rantaian bekalan ekoran pandemik.
Hubungan dengan satu kuasa besar lain di dunia ini, iaitu Rusia dilihat lebih berbahaya.
Baru-baru ini Amerika mengambil pelbagai langkah untuk menghasutkan ketegangan antara Rusia dengan Ukraine.
Meskipun Presiden Ukraine Vladimir Zelenskiy mengumumkan bahawa hubungan dengan Rusia tidak mengalami perubahan besar dan kerajaan sedang berusaha meredakan situasi.
Tapi situasi di negara itu bukan di bawah kawalan Presidennya. Dengan menghantar senjata ke Ukraine dan mengumumkan menarik balik staf diplomatik serta mengumumkan menempatkan 8500 askar ke Eropah Timur, Amerika telah berjaya menyalakan pencucuh, perang pertama pada 2022 berkemungkin besar tercetus.
Apa yang boleh kita simpulkan, mereka ini bukan sahaja tak mampu untuk memulihkan hubungan dengan kuasa besar, malahan tergamak untuk membiarkan negara kecil terus menghadapi kesesangsaraan. Paling teruk, mereka juga bermati-matian untuk cuba mencetuskan perang di dunia.
Itulah nampaknya imej Uncle Sam yang kononnya tidak akan berubah. Tak kira siapapun Presidennya.