Ujian COVID-19, Jaminan Kesihatan dan Keselamatan Peserta Sukan Olimpik

2022-01-28 15:30:20  CRI
Share with:

Ujian COVID-19 semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing selaras dengan piawaian antarabangsa dan akan memastikan kesihatan dan keselamatan semua peserta terjamin, kata seorang petugas berkenaan pada hari Selasa.

"Kerja-kerja pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 semasa temasya sukan di Beijing adalah ketat dan saintifik," kata Huang Chun, timbalan pengarah pejabat kawalan wabak jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. "Rejimen ujian yang digunakan oleh makmal ujian asid nukleik telah disahkan dengan ketat dan selaras dengan piawaian di peringkat kebangsaan dan dunia."

"Kami akan memastikan tiada ruang untuk kesilapan apabila melibatkan data dan keputusan ujian COVID-19," tambahnya.

Jika ada peserta Sukan Olimpik mempunyai keraguan tentang keputusan ujian mereka, kes berkenaan akan dibawa ke Panel Pakar Perubatan Beijing 2022 untuk dikaji semula, kata Huang, itu sama dengan prosedur yang pernah diterimaguna Sukan Olimpik di Tokyo.

Menurut risalah pencegahan pandemik COVID-19 untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, orang yang didapati positif dalam ujian itu akan diatur menjalani ujian kedua untuk mengelakkan kemungkinan dibuat keputusan positif palsu. Jika ujian kedua negatif, mereka akan menerima rawatan lanjutan mengikut peraturan yang terkandung dalam risalah berkenaan.