Mesyuarat Rutin Ketua Kontinjen Sukan Olimpik Musim Sejuk Diadakan

2022-01-29 13:31:53  CRI
Share with:

Mesyuarat rutin Ketua Kontinjen Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 diadakan dalam talian di Beijing.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Cai Qi mengucapkan terima kasih terhadap sokongan diberikan Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach dan kontinjen dari pelbagai negara kepada temasya sukan kali ini, di samping mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina.

Menurut Cai, pihaknya berjaya mengamalkan konsep penganjuran sukan Olimpik yang hijau, berkongsi, terbuka dan bersih di peringkat persiapan yang sudah diselesaikan di sebalik penularan wabak COVID-19. Kini, terdapat tiga kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk yang masing-masing beroperasi di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou. Sekalian dialu-alukan  mengemukakan cadangan dan pendapat untuk membantu kami meningkatkan perkhidmatan dengan sebaik mungkin.

Cai berkata, penularan pandemik merupakan cabaran terbesar dihadapi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Oleh itu, diharapkan pelbagai kontinjen memberi persefahaman dan sokongan terhadap langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak.

Thomas Bach dalam ucapannya menyanjung tinggi kemudahan yang serba lengkap dan perkhidmatan yang bermutu tinggi yang tersedia di kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing. Beliau berharap pelbagai kontinjen mematuhi peraturan yang terkandung dalam risalah pencegahan wabak, dan berusaha bersama dengan pihak tuan rumah menjayakan temasya sukan Olimpik yang jimat, selamat dan cemerlang yang akan disaksikan oleh seluruh dunia.