Xi Sampaikan Salam TBC kepada Anggota Ketenteraan

2022-01-29 14:24:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping sempena mengadakan tinjauan ke Ketumbukan Medan Bahagian Tengah Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) semalam telah menyampaikan salam dan mogaan baik Tahun Baharu Cina kepada semua anggota ketenteraan, pasukan polis bersenjata dan militan simpanan.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PLA telah beramah mesra melalui vedio dengan pasukan China yang bertugas sebagai pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di seberang laut. Beliau dalam ucapannya berharap agar mereka menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh, menyumbang lebih banyak tenaga China kepada usaha memelihara kedamaian dunia sekali gus mengharumkan nama PLA di pentas dunia.

Pada akhirnya Xi menekankan bahawa semua anggota ketenteraan perlu sentiasa bersedia untuk memelihara keselamatan negara dan keamanan masyarakat semasa tempoh cuti TBC dan berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing