Xi Hadir Sesi Ramah Mesra TBC dengan Tokoh Bukan Anggota PKC

2022-01-30 13:10:02  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menghadiri sesi beramah mesra dengan pemimpin daripada parti-parti bukan Parti Komunis China (PKC) dan Persekutuan Industri dan Perniagaan Seluruh China (ACFIC) serta tokoh-tokoh tanpa keanggotaan parti menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina (TBC), di Beijing petang semalam.

Xi telah menyampaikan  ucapan 'Selamat TBC' kepada para hadirin di samping menekankan bahawa pelbagai parti demokratik diharap terus meningkatkan kemampuan untuk mengambil bahagian dalam tadbir urus negara, terus memperkukuh telapak politik yang berorientasikan perjuangan dan perpaduan, mengemaskini pembangunan sistem dan merumuskan pengalaman sebagai pihak peserta dalam urusan pentadbiran negara dari semasa ke samasa. Manakala, ACFIC perlu meningkatkan pembangunan pertubuhannya di peringkat akar umbi, mendorong pembaharuan terhadap persatuan-persatuan di bawah kerangkanya, dan meningkatkan taraf perkhidmatan untuk mendorong ekonomi bukan milik negara berkembang dengan sihat.