Raptai Kelima Malam Gala TBC Diadakan

2022-01-30 14:24:18  CRI
Share with:

Raptai kelima Malam Gala Tahun Baharu Cina  (TBC) telah diadakan semalam.

Persembahan edisi 2022 ini bertemakan  “nyanyian menyambut musim bunga dalam kemaraan baharu, dikir kegembiraan semasa  perayaan TBC”. Isi kandungannya yang melibatkan ulang tahun ke-100 Parti Komunis  China, pembangunan kawasan luar bandar, peradaban ekologi, temasya Sukan Olimpik  Musim Sejuk, penerbangan angkasa lepas dan sebagainya beserta senario  penghasilan dan cara pertunjukkannya bersesuaian dengan citarasa penonton dari  pelbagai generasi.

Sementara itu, percantuman unsur sains dan  teknologi dengan kesenian secara mendalam pula menjadi tumpuan yang menyerlah  dalam persembahan tersebut.

Kubah 720 darjah yang terbentuk dari skrin LED  akan ditampilkan dalam Malam Gala kali ini. Sementara itu, para penonton akan  mendapat pengalaman yang baharu dari aspek audio dan visual melalui aplikasi  teknologi penglihatan maya AR dan XR, serta siaran langsung dalam saluran  definisi tinggi ultra 8K.