CMG Komited Jayakan Misi Penyiaran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-01-30 15:42:20  CRI
Share with:

Baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping mengutus sepucuk surat tahniah kepada perasmian Forum Inovasi Media Sejagat anjuran Kumpulan Media China (CMG). Arahan yang terkandung dalam surat itu dianggap sebagai mandat yang diberikan kepada CMG untuk menjayakan misi penyiaran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing dan membantu mendorong perkembangan sukan Olimpik, dengan berpandukan tema forum tersebut "bersama menikmati Olimpik Musim Sejuk yang berunsurkan teknologi canggih".

Naib Ketua Pusat Bahasa China CMG, Ma Yong menyatakan bahawa selain membuat liputan temasya sukan di Beijing dengan bailk, mereka juga akan berusaha memperkenalkan kebudayaan tradisonal China dengan baik agar dunia luar berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi, kecemerlangan sejarah dan kepelbagaian kebudayaan milik negara ini.