Pengerusi Perhimpunan Agung PBB Ucapkan 'Selamat TBC'

2022-01-30 15:39:48  CRI
Share with:

Pengerusi Perhimpunan Agung ke-76 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (GAUN), Abdulla Shahid mengucapkan 'Selamat Tahun Harimau' kepada rakyat China dan berharap atlet China mencapai hasil cemerlang dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Beliau berkata demikian dalam talian ketika menghadiri resepsi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Misi China di PBB kelmarin.

Abdulla Shahid berkata, beliau akan menyertai larian obor dan menonton upacara perasmian temasya sukan Olimpik di Beijing nanti. Selain menyanjung tinggi usaha persiapan dilakukan China, beliau juga menyatakan hasratnya menanti-nantikan saat menyaksikan upacara perasmian yang mengagumkan.

Sementara itu, Abdulla Shahid menyeru para atlet yang akan beraksi dalam Sukan Olimpik mengetepikan perselisihan, memperjuangkan matlamat yang sama, mengamalkan nilai Olimpik dan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa sukan boleh dijadikan alat berkesan untuk mendorong keharmonian.

Beliau memuji China dan Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) atas komitmen dan usaha dilakukan untuk memastikan kelancaran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing di samping menyampaikan mogaan kepada semua atlet agar mereka menyengat dalam pertandingan kelak.