Gala Malam TBC Anjuran CMG Temui Lebih Satu Bilion Penonton Seluruh Dunia

2022-01-31 23:31:12  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) menganjurkan program Gala Malam TBC 2022 pada malam ini, iaitu malam ambang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).


Lebih satu bilion penonton dari seluruh dunia akan disajikan dengan persembahan lagu dan tarian yang indah, sketsa komedi yang lucu, akrobatik sihir yang misteri dan mendebarkan, program kreatif yang futuristik dan bersepadu dari segi teknologi bagi memeriahkan suasana perayaan pada malam TBC.

Gala itu turut menjadi tradisi baharu berbanding dengan adat resam lama seperti masak ladu dan  menempel  kuplet selain mewakili  tahap tertinggi dari segi  bentuk ekspresi dan kandungan teknologi antara program yang dihasilkan pelbagai stesen TV negara ini.

 

Gala Malam TBC tahun ini merupakan gala ke-40 anjuran CCTV dan buat julung-julung kalinya ia akan menggunakan skrin diod pemancar cahaya (LED) untuk menghasilkan ruang kubah 720 darjah, teknologi penglihatan maya seperti realiti lanjutan (XR) dan realiti terimbuh (AR), teknologi pengimbasan holografik serta teknologi pemaparan 3D mata kasar 8K untuk membolehkan penonton menikmati dengan baik gala tersebut.

 

Difahamkan, lebih 600 media dari lebih 170 negara dan kawasan akan membuat siaran langsung dan liputan tentang gala sambutan TBC 2022 yang juga merupakan Tahun Harimau jika menurut kalendar tradisional China.