China Bantah Keras Pertemuan Pelosi dengan Lai Ching-te
China membantah hubungan rasmi Amerika Syarikat (AS) dengan Taiwan dalam apa jua bentuk dan mententang keras pertemuan antara Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi dengan pemimpin kawasan Taiwan, Lai Ching-te secara dalam talian ketika Lai singgah di AS.
Demikian komen jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika menjawab pertanyaan baru-baru ini.
"AS digesa mematuhi prinsip Satu China dan peraturan dalam Tiga Pengumuman Bersama China-AS, segera menghentikan tindakan salah yang menjalinkan hubungan rasmi dengan Taiwan, jangan menghantar sebarang isyarat salah kepada kumpulan pemisah 'Taiwan' , bagi mengelakkan hubungan China-AS serta kedamaian dan kestabilan kawasan perairan Selat Taiwan daripada terjejas," kata Zhao.