Aktiviti Menyambut TBC di Pelbagai Negara

2022-01-31 14:23:18  CRI
Share with:

Menjelang ambang Tahun Baharu Cina(TBC),  aktiviti sambutan diadakan di pelbagai negara untuk memeriahkan suasana pesta tradisional orang Cina tersebut. 

Pada malam Sabtu lalu, persembahkan untuk merasmikan siri aktiviti sambutan yang bertemakan “Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina di Malaysia” anjuran bersama Kedutaan Besar China di Malaysia, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia diadakan secara dalam talian. 

Konsert, taridra moden, nyanyian dan tarian, pameran foto yang penuh dengan elemen-elemen kebudayaan China dijadualkan dipersembahkan secara maya pada 30 Januari hingga 5 Februari.

Lampu “Merah Cina” dinyalakan pada menara Bank UniCredit S.P.A., bangunan mercun tanda bandar Milan, Itali baru-baru ini. Ini merupakan penyalaan lampu merah sempena sambutan TBC  untuk tahun kelima  berturut-turut.

China Town yang terletak di Bangkok Thailand akan dihiasi dengan berwarna-warni semasa menyambut TBC,  dan menjadikan tempat itu lokasi paling sibuk dengan suasana sambutan yang meriah pada musim perayaan.