China Sumbang Barangan Bantuan Seberat 500 Tan ke Afghanistan

2022-02-01 13:50:45  CRI
Share with:

 Kereta api yang membawa muatan barangan bantuan bertolak dari Xinjiang, China menuju ke Afghanistan, pada Ahad.

Duta Besar China ke Afghanistan, Wang Yu menerusi akaun media sosialnya berkata, barangan bantuan seberat 500 tan tersebut terdiri daripada gandum, gula, minyak masak, dan alat pemprosesan kentang.

"Barangan bantuan yang lain pula akan dibawa menggunakan kereta api ke Afghanistan pada bulan depan dan China akan membantu rakyat Afghanistan dengan sedaya upaya," ujar beliau lanjut.

Difahamkan, kerajaan sementara Afghanistan telah mengagihkan bahan makanan seberat 600 tan yang disumbangkan China ke beberapa provinsi termasuk Kabul, Kandahar, Helmand, Gur and Farah pada 29 Januari.