RCEP Berkuatkuasa Secara Rasmi di Korea Selatan

2022-02-01 13:02:01  CRI
Share with:

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuatkuasa secara rasmi di Korea Selatan hari ini.

Dengan adanya penguatkuasaan RCEP, hubungan rantaian  industri dan bekalan di rantau Asia Pasifik, termasuk China dan Korea Selatan akan diperdalam,  hingga pelbagai negara dapat memanfaatkan kelebihan yang dimiliki masing-masing,  saling melengkapi dalam bidang industri, memperdalam kerjasama rantaian  industri dan bekalan peringkat tinggi,  sekali gus meningkatkan tahap kerjasama perdagangan dan pelaburan antara negara di rantau ini.