Gala Malam TBC 2022 Dapat Sambutan Hangat

2022-02-01 14:11:15  CRI
Share with:

Gala malam Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) disiarkan kepada penonton tepat pukul 8.00 malam Isnin dengan pelbagai isi kandungan yang unik dan penuh emosi.

Untuk kali ini, gala tersebut turut diberi sentuhan oleh pelbagai teknologi penglihatan maya seperti realiti lanjutan (XR) dan realiti terimbuh (AR) dalam mempersembahkan hidangan kesenian yang mengujakan kepada penonton.

Gala malam tersebut mempunyai daya tarikan yang kuat apabila ditonton oleh penduduk dari dalam dan luar negera, serta turut mendapat pujian secara meluas.

Menurut statistik peringkat awal, sehingga pukul 12.00 tengah malam tadi, purata kadar tontonan siaran TV langsung gala malam kali ini mencapai 21.93 peratus.

Manakala, pengguna dalam kalangan media baharu mencapai 4.93 bilion kali, sekali gus menyaksikan pertambahan ketara berbanding dengan tahun 2021.

Untuk tahun ini, buat pertama kalinya penonton diberi pilihan untuk menghayati gala tersebut menerusi telefon pintar dengan paparan skrin menegak dan ia telah ditonton oleh lebih 200 juta kali dengan lebih separuhnya daripadanya merupakan penonton berusia bawah 30 tahun.

Selain itu, rata-rata warganet turut memberi ulasan yang menggalakkan dan siaran tersebut juga berjaya mendapat sejumlah 360 juta 'likes'.

Difahamkan juga, ia turut disajikan secara langsung oleh lebih 600 media dari lebih 170 negara dan kawasan.

Untnk rekod, penonton luar negara yang menonton siaran langsung gala melalui CNTV dan matriks sosial luar negara CGTN dilaporkan melebihi 35.24 juta penonton, iaitu menyaksikan pertambahan sebanyak 16.58 juta penonton.