Thomas Bach Buka Tirai Mural Gencatan Senjata di Perkampungan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2022-02-01 14:06:02  CRI
Share with:


Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach membuka tirai untuk mural gencatan senjata di Perkampungan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pagi tadi.

Beliau turut menurunkan tandatangan pada mural tersebut.

Penubuhan mural Gencatan Senjata di kampung sukan Olimpik semasa penganjuran Sukan Olimpik antara aktiviti keamanan tradisi dari Olimpik Greece pada zaman purba dengan bertujuan untuk mengamalkan konsep gencatan senjata.

Mural gencatan senjata Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 yang dikenali sebagai "Light of Peace" terdiri daripada enam imej berbentuk "Jade Dragon".  Inspirasi reka bentuk  tersebut diperoleh daripada tanglung tradisional China yang melambangkan penyatuan keluarga.