Media Jerman: China Tunai Janji Olimpik Mesra Alam

2022-02-02 13:49:18  CRI
Share with:


Ikrar China untuk mewujudkan matlamat karbon neutral dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah diulas oleh akhbar Jerman, Mundefinednchner Merkur.

Memetik ulasan tersebut, China mula melaksanakan sejumlah 119 langkah khusus selepas Beijing berjaya dalam permohonan penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 2015, dan elemen "hijau" telah melangkaui pelbagai sektor seperti tenaga, venue dan pengangkutan.

Mengambil keselematan tenaga sebagai contoh, ulasan berkenaan memberitahu bahawa kesemua 26 venue temasya itu buat pertama kalinya berjaya merealisasikan 100 peratus bekalan "elektrik hijau" dalam sejarah, iaitu tenaga elektrik yang dijana daripada sumber tenaga boleh baharu.

Malahan, projek demonstrasi sumber tenaga boleh baharu yang terletak di bandar Zhangjiakou turut menukar tenaga solar dan angin tempatan kepada tenaga elektrik bersih, yang disalurkan ke tiga kawasan pertandingan Sukan Olimpik Musim Sejuk iaitu Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou.

Turut dimaklumkan, semua venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah memenuhi piawaian bangunan hijau, empat venue ais yang menggunakan teknologi penyejukan karbon dioksida baharu, dan projek rintis penggunaan tenaga ultra rendah seluas lebih 50,000 meter persegi telah dibina.

Pada masa yang sama, demi menjimatkan sumber, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menggunakan semula venue sama pada Sukan Olimpik Beijing 2008, dan menggunakan teknologi canggih untuk mengubah "Kiub Air" menjadi "Kiub Ais", selain mengubahsuaikan gelanggang bola keranjang sebagai gelanggang hoki ais.

Selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, venue tersebut akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai demi mewujudkan penggunaan yang mampan.

Untuk rekod, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach baru-baru ini menyatakan bahawa Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing telah mengambil beberapa langkah demi mengurangkan pelepasan karbon dan melindungi alam sekitar, sekali gus memenuhi komitmen Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing untuk menyumbang kepada pembangunan mampan China.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Olimpik Musim Sejuk Beijing bagi IOC, Juan Antonio Samaranch Jr. berpendapat bahawa temasya kali ini akan menjadi Sukan Olimpik "paling hijau".