Olimpik Musim Sejuk 2022 Ketengah Budaya China

2022-02-02 13:17:09  CRI
Share with:

 China mengalu-alukan tetamu dan penonton seluruh dunia untuk bersama-sama mengikuti Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang akan bermula pada Jumaat, iaitu sewaktu dengan musim sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Demikian diumumkan jurucakap Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Zhao Weidong dalam sidang media, pada Selasa.

"TBC membawa erti membuka pintu untuk mengalu-alukan tetamu.

"Rakyat China komited untuk berkongsi hadiah berharga dengan tetamu seluruh dunia, iaitu temasya Sukan Olimpik Beijing," kata Zhao.

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bukan sahaja merupakan temasya sukan, tetapi juga peluang penting bagi masyarakat antarabangsa mengetahui tentang latar belakang keadaan tuan rumah dan kebudayaan di negara terbabit.

Menurut jawatankuasa penganjur temasya itu, elemen-elemen budaya China telah digabungkan dalam seluruh proses pembinaan lokasi pertandingan, reka bentuk logo dan landskap.

Ia termasuk seperti lukisan Dunhuang dalam reka bentuk Platform Lompat Ski Shougang dan rumah penduduk tradisional Beijing iaitu Siheyuan dalam konsep reka bentuk Perkampungan Olimpik yang melambangkan simbol kekeluargaan rakyat China.