Presiden Xi Balas Suat kepda Datuk Bandar AS

2022-02-03 15:15:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini membalas surat secara berasingan kepada Victoria Woodards dan Dick Muri, Datuk Bandar Tacoma dan Steilacoom, Washington Amerika Syarikat (AS).

Dalam surat beliau, Xi  menyifatkan Sukan Olimpik Musim Sejuk sebagai acara yang menggembirakan untuk rakyat China dan acara yang hebat bagi Sukan Olimpik antarabangsa.

"Dengan sokongan rakyat China dan masyarakat antarabangsa, China pasti akan mempersembahkan Sukan Olimpik yang sederhana, selamat dan menarik, mengamalkan moto Olimpik 'Lebih Cepat, Lebih Tinggi, Lebih Kuat – Lebih Bersatu,' dan membawa rakyat pelbagai negara  bersama ke arah masa depan yang dikongsi," kata Xi, selain mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada penduduk di kedua-dua bandar tersebut.

Kedua-dua Datuk Bandar AS, Woodards dan Dick Muri baru-baru ini masing-masing mengirim surat kepada Presiden Xi untuk mengucapkan selamat TBC kepada beliau dan rakyat China, selain  menyampaikan mogaan baik kepada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing agar mencapai kejayaan.

Berlatarbelakangkan pandemik COVID-19, Woodards menyatakan dunia ini bernasib baik mempunyai China sebagai tuan rumah yang bertanggungjawab dengan keupayaan  yang hebat dalam organisasi untuk mengadakan Sukan Olimpik Musim Sejuk secara selamat, sihat dan berjaya. 

"Penduduk bandar Tacoma akan mengikuti perkembangan temasya sukan di Beijing dan bersorak untuk atlet dan Beijing," kata beliau.

Dick Muri pula yakin dan menanti-nantikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mencapai kejayaan.

Kedua-dua Datuk Bandar tersebut berharap tahun 2022 akan menjadi tahun yang meningkatkan kedamaian, persahabatan dan perpaduan.