China dan Rusia Tandatangani Protokol Pengiktirafan Bersama AEO

2022-02-05 15:27:25  CRI
Share with:

 Kastam China dan Rusia menandatangani protokol mengenai pengiktirafan bersama status Pengendali Ekonomi yang Diiktiraf (AEO) pada Jumaat lalu.

Sistem AEO adalah sistem yang diusahakan Pertubuhan Kastam Dunia (WCO) yang menjalankan  pentauliahan  bagi perusahaan mengenai status kredibiliti, tahap mematuhi undang-undang dan keselamatan, selain menyediakan pelepasan kastam keutamaan untuk perusahaan yang disahkan. 

Selepas pengiktirafan bersama, kargo syarikat China dengan negara terbabit dapat menikmati kemudahan di kastam masing-masing, sekaligus mengurangkan kos perdagangan.  

Nilai perdagangan China-Rusia mencatat  RMB 948.66 bilion (RM 623.13 bilion) pada tahun 2021, meningkat 26.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020, turut menjadikan China rakan dagang  terbesar bagi Rusia selama 12 tahun berturut-turut.

Pelaksanaan pengiktirafan bersama AEO antara China dan Rusia dipercayai akan menggalakkan lagi keselamatan dan kelancaran rantaian bekalan kedua-dua negara, menyediakan suasana lebih mudah dan selamat untuk memperkukuh asas kerjasama dalam bidang tenaga serta memperluas skala perdagangan dan pelaburan.