Setiausaha Agung PBB: Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Cekap dan Unggul

2022-02-05 15:30:08  CRI
Share with:

Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing cekap dan unggul.

Demikian kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), António Guterres dalam temu ramah eksklusif dengan wartawan Kumpulan Media China(CMG) ketika menghadiri majlis perasmian temasya sukan tersebut.

Beliau juga mengucapkan selamat  Tahun Baharu Cina(TBC) kepada rakyat China.

"Visi China untuk menggalakkan 300 juta rakyatnya melibatkan diri dalam sukan ais dan salji   menyebabkan lebih ramai orang berminat terhadap sukan tersebut.

 "Sukan Olimpik Musim Sejuk satu peluang yang baik untuk meningkatkan perpaduan masyarakat antarabangsa. Temasya sukan kali ini  berjaya mengeluarkan isyarat penting yang melampaui sukan Olimpik, iaitu perpaduan diperlukan agar kita tidak ditewaskan pandemik COVID-19, " kata beliau.