Burung Swan Menjadi Tarikan Pelancong di Xinjiang

2022-02-05 15:22:05  CRI
Share with:

Koleksi gambar yang diambil pada hari pertama cuti umum perayaan Tahun Baharu Cina(TBC) ini memperlihatkan sebanyak 532 ekor burung swan liar dan kira-kira 1,000 ekor unggas air jenis lain sedang hidup selesa di Sungai Kongque, bandar Korla wilayah Xinjiang, China.

Setakat 2022, burung swan telah berhijrah ke sungai itu pada musim sejuk selama 17 tahun berturut-turut. Jumlahnya menyaksikan pertambahan dari lebih 10 ekor kepada lebih 500 ekor.

Kira-kira 30 jenis unggas air mengelakkan cuaca dingin pada musim sejuk di kawasan itu pada masa ini.