Perjanjian Kerjasama CMG-WAM

2022-02-06 14:48:49  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong dan Presiden Agensi Berita Emiriah Arab Bersatu(WAM),  Mohammed Jalal Al Rayssi menandatangani perjanjian kerjasama CMG dengan WAM sempena kehadiran Putera Mahkota Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu(UAE),  Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan pada majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan aktiviti berkaitan baru-baru ini.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, CMG dan WAM  memperkasa kerjasama, berkongsi bahan berita harian, bersama-sama mempromosikan perlindungan harta intelek, selain mempergiat pertukaran kakitangan hingga menyumbang kepada peningkatan konotasi perkongsian strategik komprehensif China-UAE.