Presiden Xi: China Komited Sokong Kerja PBB

2022-02-06 16:17:21  CRI
Share with:

China komited menyokong kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB), kata Presiden China, Xi Jinping Sabtu lalu ketika bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, António Guterres yang datang ke Beijing untuk menyaksikan majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Xi berkata, terdapat tiga perkara penting perlu dipertimbangkan dengan bersungguh-sungguh dan diberikan perhatian masyarakat antarabangsa pada masa ini dan masa akan datang.

Pertama, bersatu padu melawan pandemik COVID-19. China menyokong sasaran yang dikemukakan PBB untuk mewujudkan pemvaksinan sebanyak 70 peratus menjelang pertengahan tahun 2022. China telah menunaikan janjinya untuk menyumbang dua bilion dos vaksin kepada negara-negara lain pada 2021.

Kedua, mendorong pembangunan. Inisiatif pembangunan sejagat yang dikemukakan oleh Xi  selari dengan agenda PBB 2030 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan(SDGs) .

Dan ketiga, memperkasakan amalan demokrasi. Pelbagai negara berhak untuk memilih jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan dan permintaan rakyat negara masing-masing.

Guterres pula berkata, China terbukti amat hebat dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan skala yang begitu besar dan tahap keselamatan begitu tinggi.

"Dunia ini memerlukan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang berjaya untuk memberikan masej yang jelas bahawa  rakyat di sebarang negara, etnik dan agama boleh melampaui perselisihan dan mewujudkan perpaduan dan kerjasama.

"PBB berharap meningkatkan kerjasama dengan China. Semoga China memainkan peranan yang lebih besar dalam isu antarabangsa yang penting seperti pembaharuan sistem antarabangsa." kata beliau.