Insiden Menembak di Florida, 4 Cedera

2022-02-07 13:17:50  CRI
Share with:

Insiden menembak berlaku di sebuah bar di North Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat(AS) pada pukul 3.30 awal pagi Ahad waktu tempatan, mengakibatkan empat orang cedera, antaranya seorang kritikal.

Pihak polis tempatan memberitahu, suspek bergaduh dengan beberapa orang di dalam bar berkenaan sebelum dibawa keluar. Suspek itu kemudian kembali ke tempat kejadian dan menembak secara rambang dengan menggunakan pistol.

Setakat ini, suspek berkenaan masih belum ditahan polis.