China Sedia Kukuh Kerjasama Komprehensif dengan Kyrgyzstan

2022-02-07 13:12:27  CRI
Share with:

China bersedia mengukuhkan kerjasama saling untung melibatkan segenap aspek dengan Kyrgyzstan.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping ketika menemui rakan sejawatan dari Kyrgyzstan, Sadyr Zhaparov di Beijing, pada Ahad.

Tegas beliau, China akan memperluas import produk pertanian organik yang berkualiti dari Kyrgyzstan, menyokong pelaburan perusahaan China di negara itu, di samping mendorong projek kerjasama utama yang terbabit.

China juga komited untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pengangkutan logistik, pembinaan infrastruktur, perubatan, pembasmian kemiskinan, pendidikan vokasional serta keselamatan.

Zhaparov yang hadir sempena perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pula berpendapat, kegemilangan majlis itu mencerminkan semangat Olimpik sebenar, yang membawa perpaduan, persahabatan dan harapan kepada rakyat seluruh dunia.

"Kyrgyzstan menyokong Inisiatif Pembangunan Global yang dikemukakan Presiden Xi, dan bersedia mendorong kerjasama pragmatik dengan China dalam pelbagai bidang.

"Pada masa sama, usaha juga ditumpukan untuk menjadikan landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan sebagai projek ikonik kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)," tambah Zhaparov.