Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Sergio Mattarella

2022-02-07 15:22:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Sergio Mattarella untuk kerana dipilih lagi sebagai presiden Itali pada Ahad lalu.

Menurut Xi, hubungan antara China dengan Itali mempunyai asas yang kukuh dari segi sejarah dan ikatan antara rakyat. Di samping itu, kedua-dua negara juga mempunyai kepentingan bersama yang meluas, sehingga memberi teladan yang baik kepada masyarakat antarabangsa dalam mencari hubungan saling hormat dan saling untung.

Beliau mengatakan, China dan Itali berganding bahu melawan wabak, bersama-sama meraikan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik, dan saling menyokong dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing dan 2026 Milano Cortina. Sementara itu, tahun budaya dan pelancongan China-Itali bakal dilancarkan semula, dan hubungan kedua-dua negara mempunyai banyak peluang baharu.

Presiden Xi mengatakan bahawa beliau memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan Itali dan komited bersama-sama dengan presiden Mattarella memperkasakan kepercayaan politik serta pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang supaya hubungan kedua-dua negara dapat mencapai hasil baharu yang turut memberikan limpahan manfaat kepada rakyat.