Cerita di Sebalik Bing Dwen Dwen

2022-02-07 15:18:50  CRI
Share with:

Dua hari selepas pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Bing Dwen Dwen, maskot rasmi temasya ini, turut mencuri perhatian ramai apabila miniatur maskot tersebut kehabisan stok di kedai serata China.

Topik "satu Bing Dwen Dwen untuk satu keluarga" telah viral dalam media sosial China, Weibo.

Selain popular dalam kalangan rakyat tempatan, wartawan, atlet dan pemimpin asing termasuk Putera Monaco Albert II turut mengekspresikan keinginan untuk memiliki miniatur panda itu.

Bing Dwen Dwen, seekor panda di dalam cangkerang ais, kelihatan lebih atletik apabila digayakan sebagai topi keledar sukan.

Satu siri garisan terapung berwarna di sekeliling kepalanya menyerupai trek di gelanggang ais, merujuk kepada National Speed Skating Oval, atau “Reben Ais”.

Menurut Cao Xue, ketua pereka maskot Beijing 2022, pihaknya pernah ke Rizab Alam Semula Jadi Wolong di wilayah Sichuan hanya untuk memerhati setiap gelagat dan gerak geri anak panda.

"Pada masa itu, pasukan kami tak pernah cuti, dan hasilkan sepuluh ribu manuskrip.

"Akhirnya kami dapat imej Bing Dwen Dwen,” kata beliau dengan penuh emosi ketika mengimbas kembali proses penciptaan dan penyemakan selama hampir sepuluh bulan.

Untuk rekod, maskot Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 diumumkan di Beijing pada 17 September 2019.