'Lebih Bersatu' Amat Diperlukan Zaman Ini

2022-02-08 14:47:57  CRI
Share with:

'Lebih bersatu', yang dimasukkan dalam moto Olimpik amat diperlukan buat zaman ini.

Demikian disuarakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media di Beijing pada Isnin.

Baru-baru ini, lebih 10 bekas ahli politik asing yang menghadiri Forum Antarabangsa Imperial Springs mengirim surat bersama kepada pemimpin China, menzahirkan mogaan baik agar Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dapat diadakan dengan cemerlang. Mereka juga menyeru kerajaan, pertubuhan dan rakyat pelbagai negara menjunjung tinggi moto Olimpik, iaitu 'lebih cepat, lebih tinggi, lebih kukuh, dan lebih bersatu', agar berganding tangan untuk mengatasi kesukaran, dan membina masa depan umat manusia yang lebih cemerlang.

Zhao Lijian berkata, China menghargai sokongan dan mogaan baik daripada bekas pemimpin negara asing kepada Sukan Olimpik Beijing. Ini membuktikan lagi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah mendapat sokongan meluas dari masyarakat antarabangsa.

Beliau menegaskan, majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing memaparkan budaya China, yang juga komitmen China unutk menganjurkan satu temasya sukan yang sederhana, selamat dan gemilang serta konesp berkongsi nasib sesama insan. Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dipercayai akan menjadi jambatan bagi kerjasama kalangan rakyat seluruh dunia.