Pembawa Obor Olimpik Papar Imej Rakyat

2022-02-08 14:51:11  CRI
Share with:

Pemilihan pembawa obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mempunyai piawaian yang jelas dan mengambil kira pelbagai unsur termasuk keinginan diri, prestasi, umur, populariti, etnik dan lain-lain.

Demikian dijelaskan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika diminta mengulas mengenai atlet Uygur, Dinigeer Yilamujiang dipilih menjadi pembawa obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Beliau menjelaskan bahawa obor Olimpik kali ini dibawa oleh atlet dari tiga generasi, dan ia memaparkan pewarisan dan penggantian semangat Olimpik dari generasi ke generasi.

Zhao berkata, kontinjen China terdiri daripada atlet berbilang kaum termasuk atlet muda dari etnik Uygur tersebut. Kesungguhan China yang menggalakkan rakyat terlibat dalam sukan ais dan salji kini membuahkan hasil bahawa semakin ramai rakyat, termasuk etnik-etnik minoriti menyertai aktiviti sukan.