CMG Tandatangan Perjanjian Kerjasama dengan Argentina

2022-02-08 14:39:16  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Pejabat Setiausaha Media dan Komunikasi Awam Agentina menandatangani perjanjian kerjasama di Beijing, sempena kehadiran Presiden Argentina, Cristina Fernandez pada majlis perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Presiden CMG, Shen Haixiong dan Setiausaha Media dan Komunikasi Awam Agentina, Valeria Zapesochny masing-masing mewakili kedua-dua pihak menandatangani perjanjian tersebut.

Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-50 penjalinan ikatan diplomatik China-Argentina, dan juga tahun kerjasama dan persahabatan kedua-dua negara.

CMG dan Pejabat Setiausaha Media dan Komunikasi Awam Agentina akan menjalankan kerjasama dalam perkongsian program, pertukaran teknologi media dan lawatan staf, supaya menggalakkan komunikasi kebudayaan dalam kalangan rakyat, dan mendorong hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara membuka lembaran baharu.