Budaya Ais dan Salji Pacu Pasaran Perbelanjaan China

2022-02-09 15:01:35  CRI
Share with:


Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 memberi inspirasi kepada rakyat China untuk menghayati budaya ais dan salji, sekali gus mendinamikkan pasaran perbelanjaan domestik sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Antaranya, Bing Dwen Dwen, maskot Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing menjadi anak patung yang popular dan laris dijual pada masa ini.

Selain itu, jualan tiket gelanggang ski menerusi aplikasi pelancongan dalam talian meningkat sekali ganda dalam tempoh TBC tahun ini.

Destinasi pelancongan yang terkenal dengan pemandangan ais dan salji juga menarik kedatangan ramai pelancong, sehingga menyaksikan tempahan hotel dua kali ganda lebih banyak berbanding tempoh sama tahun lalu.

Akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung dalam laporannya menyatakan, China hanya mempunyai kira-kira 10 ribu pemain ski pada pertengahan tahun 1990-an. Namun, angka itu kini menyaksikan peningkatan mendadak apabila terdapat lebih 300 juta rakyat China direkodkan aktif menyertai sukan ais dan salji.