Persembahan Drama Qiong di Jalan Laojie

2022-02-09 13:35:46  CRI
Share with:

Drama Qiong yang juga dikenali sebagai “Drama Hainan” merupakan antara warisan budaya bukan kebendaan peringkat kebangsaan China.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) baru-baru ini, penduduk tempatan dan pelancong berpeluang menikmati seni tradisional China dan menghayati adat resam tempatan melalui siri persembahan Drama Qiong yang diadakan di kaki lima Jalan Laojie, bandar Haikou, provinsi Hainan.