Rusia Nafi Pencapaian Persepakatan dengan Perancis

2022-02-09 14:59:55  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron mengadakan rundingan selama lima jam di Moscow pada 7 Februari, memfokuskan situasi Ukraine dan jaminan keselamatan di rantau tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, akhbar Financial Times Britain melaporkan bahawa presiden kedua-dua negara itu telah mencapai kata sepakat tentang langkah-langkah meredakan ketegangan, termasuk Rusia mengundurkan tentera dari Belarus selepas latihan ketenteraan.

Namun, Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitry Peskov telah menolak laporan Financial Times tersebut.

Kata beliau, tiada apa pun perjanjian dicapai Moscow dan Paris kerana ini adalah mustahil.  Peskov menambah bahawa tentera Rusia akan kembali ke tempat asalnya selepas latihan. Rusia tidak pernah menyatakan akan menempatkan tentera itu di Belarus.