China, Sri Lanka Ikrar Perkasa Kerjasama

2022-02-09 14:53:10  CRI
Share with:

China dan Sri Lanka sentiasa saling memahami dan menyokong, selain menjadi teladan kepada hubungan persahabatan serta kerjasama menang-menang antara negara besar dan kecil.

Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi menyatakan, persahabatan tradisional juga terus diperkukuh apabila kedua-dua negara berganding bahu dalam melawan pandemik COVID-19.

Wang berkata demikian ketika saling mengutus surat tahniah dengan rakan sejawatnya dari Sri Lanka, Gamini Lakshman Peiris sempena ulang tahun ke-65 penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Beliau turut menyuarakan kesediaan pihaknya untuk merapatkan komunikasi dan koordinasi dengan Sri Lanka, sekali gus memantapkan lagi perkongsian kerjasama strategik.

Sementara itu, Peris berkata, hubungan persahabatan dan kerjasama antara Sri Lanka dan China menyaksikan perkembangan yang dinamik.

Jelas beliau, hubungan perkongsian dalam pelbagai bidang telah membawa manfaat kepada kedua-dua negara.

Peris turut menzahirkan keyakinan terhadap pemerkasaan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi, pembasmian kemiskinan, isu serantau, sosiobudaya dan vaksin COVID-19.