Xi Zahir Rasa Simpati kepada Erdogan

2022-02-10 14:24:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan menzahirkan rasa simpati kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan isterinya yang dijangkiti wabak COVID-19, dan berharap mereka dapat sembuh secepat mungkin.

Xi menyatakan bahawa China akan terus menyokong Turki dalam memerangi pandemik semasa ini, dan komited melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke satu tahap yang lebih tinggi.