Latar Pertandingan Ski Gaya Bebas Olimpik 2022 Menakjubkan: Media AS

2022-02-10 15:12:08  CRI
Share with:

Momen pemain ski gaya bebas Big Air beraksi di udara berlatarkan cerobong gergasi yang berdiri megah di Taman Shougang, sungguh menakjubkan hingga mencuri perhatian ramai.

Akhbar Chicago Tribune melaporkan, sebuah kilang keluli yang sudah ditutup di Beijing "meluncurkan" pemain ski Sukan Olimpik ke langit dengan “cerobong asap luar biasanya”. 

Memetik laporannya, acara ski gaya bebas Big Air Olimpik Musim Sejuk 2022 dimulakan pada Isnin, di fasiliti Big Air pertama dunia yang wujud secara kekal di sesebuah bandar.

Fasiliti Big Air setinggi kira-kira 60 meter itu terletak di Taman Shougang, yang dulu merupakan tapak kilang besi dan keluli pertama China.

Selepas diubah suai, kilang tersebut kini tampil berwajah baharu dengan landskap semula jadi indah serta kedai dan muzium yang dibuka kepada kunjungan awam.