China, AS Rai Ulang Tahun Ke-50 Lawatan Nixon

2022-02-11 14:57:57  CRI
Share with:


Bersempena ulang tahun ke-50 Pengumuman Shanghai dan lawatan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon ke China, kedua-dua negara ini akan mengadakan beberapa aktiviti peringatan untuk bersama-sama mengimbas kembali sejarah dan menuju ke masa hadapan.

Demikian diumumkan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Khamis lalu.

Pengumuman Shanghai merupakan penguman pertama yang dikeluarkan bersama oleh China dan AS, sekali gus menetapkan prinsip asas bagi ikatan kedua-dua negara, khusunya prinsip Satu China yang menjadi asas politik bagi hubungan China-AS yang normal.