Shanghai akan Tawar 550 Ribu Peluang Kerja

2022-02-11 15:03:33  CRI
Share with:

Bandar Shanghai di timur China merancang untuk menawarkan 550 ribu peluang kerja, di samping membimbing 10 ribu orang membuka keusahawanan, dan membantu 8 ribu  penganggur muda memperoleh semula pekerjaan.

Selain itu, jumlah penganggur berdaftar akan dikawal di bawah 170 ribu orang, dan kadar pengangguran di bawah 5 peratus.

Demikian dimaklumkan dari Jabatan Sumber Tenaga dan Jaminan Sosial bandar Shanghai pada Khamis.

Pada tahun 2021, Shanghai telah memperkenalkan dasar insentif untuk menyokong pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara kembali ke kampung halaman, sementara 27 ribu pelajar asing memilih untuk menetap di Shanghai.