AS Cair Aset Beku Afghanistan

2022-02-12 14:43:30  CRI
Share with:

Rumah Putih mengeluarkan kenyataan semalam yang mengumumkan Presiden Biden telah menandatangani perintah eksekutif untuk mencairkan aset Afghanistan di Amerika Syarikat (AS).

Antara USD7 bilion aset yang dicairkan tersebut, USD3.5 bilion akan digunakan untuk membayar pampasan kepada waris mangsa peristiwa '9.11', dan USD3.5 bilion lagi akan digunakan sebagai bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan.