China Tandatangan Perjanjian Derma Wang dengan GAVI

2022-02-12 15:14:25  CRI
Share with:

China akan menyumbangkan dana sebanyak USD100 juta kepada pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX).

Wakil Tetap China ke Geneva, Chen Xu dan CEO Pakatan Vaksin Global (GAVI) Seth Berkley masing-masing mewakili kedua-dua pihak menandatangani perjanjian berkenaan semalam.

Sumbangan dana itu akan digunakan untuk agihan vaksin kepada negara-negara membangun.

Setakat ini, China telah menyediakan 2.1 bilion dos vaksin kepada masyarakat antarabangsa, antaranya 200 juta dos melalui COVAX.

Baru-baru ini, presiden Xi Jinping mengumumkan akan menyumbangkan lagi 1 bilion dos vaksin kepada negara-negara Afrika, antaranya 600 juta dos adalah percuma.

Selain itu, China akan memberikan 150 juta dos vaksin secara percuma kepada negara-negara ASEAN.