Ekonomi China di Belakang “Demam” Bing Dwen Dwen
Sejak perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 4 Februari lalu, ramai kawan dari kampung Satria minta tolong membeli miniatur maskot Bing Dwen Dwen.
Masalahnya, Satria yang di Beijing ini pun belum dapat…
Sedikit latar belakang, permintaan tinggi terhadap Bing Dwen Dwen tercetus menjelang perasmian Olimpik hingga habis terjual di seluruh negara.
Sejak itu jugalah pada setiap hari terdapat ratusan orang berbaris di luar kedai francais Olimpik terbesar di Jalan Wangfujing, Beijing seawal dari waktu malam.
Tambahan lagi, Bing Dwen Dwen turut dijual secara berkuota, iaitu setiap orang hanya boleh membeli satu saja.
Bukan hanya di dalam negara China, Bing Dwen Dwen kelihatan berjaya memenangi hati di seluruh dunia.
Selain atlet dari pelbagai negara yang menyatakan minat terhadap miniatur Panda yang memakai baju ais tersebut, wartawan Jepun turut menjadi popular kerana tanpa sembunyi telah mempamerkan kegemarannya terhadap Bing Dwen Dwen ketika melakukan siaran langsung.
Tapi, di dalam kampung atlet atau pusat media, para atlet dan wartawan juga perlu berbaris panjang untuk membeli satu Bing Dwen Dwen
Boleh dikatakan kekurangan bekalan Bing Dwen Dwen menjadi masalah terbesar yang dihadapi oleh Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing hingga pihak penganjur pula terpaksa membuat sidang media khusus untuk menjamin akan berusaha menambah pengeluaran memenuhi keperluan pasaran.
Bagi Satria, demam Bing Dwen Dwen memperlihatkan beberapa ciri khas ekomoni China.
Yang pertama, ekonomi China biasanya kurang dinamik pada suku tahun pertama.
Ini disebabkan Tahun Baharu Cina jatuh pada suku tahun pertama. Bagi kebanyakan pekerja perantau, mereka biasanya bercuti di kampung selepas Pesta Tanglung (15 hari selepas TBC). Rekrut untuk tenaga kerja selepas TBC pula memerlukan waktu sebab sebahagian pekerja perantau tidak akan balik kilang yang mereka kerja dulu, sebaliknya cari peluang kerja baharu.
Ini antara faktor mengakibatkan permintaan Ding Dwen Dwen yang luar biasa tercetus dalam tempoh cuti TBC tidak dapat dipenuhi susulan pelbagai kilang di China tidak sempat memulihkan pengeluaran.
Meskipun begitu, rantaian bekalan di China masih kukuh. Berdasarkan maklumat terkini, lebih 35 ribu Bing Dwen Dwen akan disediakan kepada pasaran Beijing pada minggu ini, jumlah ini akan mencatat 280 ribu sebelum Paralimpik Musim Sejuk dirasmikan.
Kedua, kedai fizikal dan kedai dalam talian saling melengkapi.
Ketika menghadapi masalah kekurangan bekalan, kedai fizikal dan kedai dalam talian utnuk menjual produk francais Olimpik segera mengambil respons. Dengan adanya simpanan di kedai fisikal, kedai francais di Wangfujing mengadakan jualan berkuota supaya setiap hari ada Bing Dwen Dwen dijual dan juga menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang berbaris lama membeli Bing Dwen Dwen, seperti menyediakan teh hangat.
Simpanan barangan dan perkhidmatan merupakan keunggulan kedai fizikal yang sukar digantikan oleh kedai dalam talian.
Manakala kedai dalam talian pula setiap hari membuka penempahan pada waktu tertentu, ini membantu meredakan kecemasan pasaran dan juga memberi panduan kepada pengeluaran kilang. Pelbagai Bing Dwen Dwen yang ditempah dalam talian juga akan disediakan berturut-turut bermulai hari ini.
Ketiga, ekonomi Olimpik Musim Sejuk yang berdinamik.
Dengan popularnya Ding Dwen Dwen, saham syarikat berkenaan pula meningkat secara besar-besaran. Tapi ini hanya sebahagian kecil daripada rangsangan Olimpik Musim Sejuk terhadap ekonomi China.
Dalam tempoh cuti TBC ini, Satria selalu berancang membawa anak mencuka ski sebab ia pula amat berminat setelah menonton pertandiangan Olimpik. Tapi setelah melayar maklumat di media sosial, semua tapak ski di sekitar Beijing nampaknya penuh dalam tempoh cuti. Oleh itu Satria berancang pergi selepas waktu cuti.
Tak sangka nampaknya terdapat ramai orang berancangan sama dengan Satria. Hari pertama selepas tempoh cuti, ada kawan mengongsikan gambar di satu tapak ski dan katanya pemain ski lebih ramai lagi berbanding tempoh cuti TBC…
Olimpik Musim Sejuk telah menggalakkan lebih 300 juta orang mencuba sukan ais dan salji di China, dibelakangnya pasaran yang besar dan dijangka akan menjadi penjana besar kepada ekonomi China pada masa depan.