China, Mexico Rai Jubli Emas

2022-02-14 11:33:39  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador saling mengirim perutusan tahniah sempena sambutan jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.

Xi menyatakan, sepanjang separuh abad terutama terjalinnya perkongsian strategik menyeluruh pada 2013, hubungan dua negara kekal utuh dan berkembang pesat merentas pelbagai sektor.

Tatkala memerangi pandemik COVID-19, Xi menyifatkan kolaborasi dilakukan dua negara itu sebagai teladan baik di pentas dunia.

Beliau berharap agar ikatan Beijing-Mexico City dapat dimantapkan lagi dengan konotasi baharu membabitkan pemerkasaan kerjasama saling untung.

Dalam pada itu, Lopez membalas dengan mengatakan dua negara sentiasa menggembleng tenaga mengatasi pelbagai cabaran.

Beliau yakin, hubungan dua negara berkenaan dapat kekal utuh dan dinamik pada masa hadapan.