Shenhai-1 Keluarkan Gas Lebih 1 Bilion Meter Padu

2022-02-14 14:43:30  CRI
Share with:

Sejak beroperasinya "Shenhai-1", medan gas asli kendalian pertama China di kawasan perairan Lingshui, Hainan pada 25 Jun 2021, jumlah kumulatif pengeluaran gas asli kini mencecah 1 bilion meter padu.

Dengan jumlah itu, ia secara tidak langsung mencerminkan Shenhai-1 sebagai sumber tenaga bersih penting terhadap pembangunan pelabuhan perdagangan bebas Hainan dan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau. 

Untuk rekod, Shenhai-1 juga merupakan medan gas asli di luar pesisir yang paling dalam dan sukar diterokai oleh China setakat ini.

Bagi menjayakan usaha itu, China telah membina anjungan minyak katagori 100 ribu tan pertama di dunia yang bertujuan untuk mengeluarkan serta menyimpan minyak dan gas asli.

Menurut jangkaan, medan gas asli itu berkemampuan membekalkan 3 bilion meter padu gas kepada kawasan sekitarnya setiap tahun, dan boleh memenuhi satu perempat keperluan kehidupan rakyat Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.